Sunday 25 November 2012

Lempuk Durian

Nana suka gile lempuk durian ni, kalo balik kb je sure grab kat pasar SITI khatijah.. Sedap,wangi, lembut, manis .. Senang kata memang meletoop.. Siapa yg ade lebihan durian, jom cuba buat sendiri lempuk durian ni ye.. SLAMAT mencuba :-)

Camni cara buat lempuk durian tuh.

Bahan-bahan ( 1 keluarga )
1 mangkok besar isi durian (atau ikut suka)
250gm gula pasir
1 biji gula Melaka
secubit garam
* kurang atau tambah gula jika tidak/suka manis ;)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali
Masak dengan api perlahan dan sering dikacau supaya tidak hangit
Terus dikacau sehingga kental (tidak lekat dalam kuali)
Setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk

Friday 23 November 2012

Oopss tersekat kain di escalator

Haahaaaa.. Memang gelak besar nana tadi sebab 1st time tersekat kain di escalator billion Kota Bharu.. Malunya,ya ampun..

Kisahnya mcmni, tadi dalam kul 5 petang, nana pi la billion Dgn family. Pastu masa turun Dari tingkat 2 ke tingkat 1 sambil dukung anak saudara yg umur setahun lebih , tetibe kain nana tersekat sampai bawah, so nana minta Tolong mama panggilkan pekerja situ, so pekerja situ suh nana tekan butang warna merah kat tepi escalator. Lepas tekan butang tu TERUS escalator tu stop, then pekerja tu suh nana berdiri Dan duduk kat atas escalator sbb die nak ubah haluan escalator tu. Patutnya td turun, ni dia ubah naik pula. So bile escalator gerak naik je, nana cepat2 tarik kain, Dan alhamdulillah selamat la kain nana walaupun ade kotak byk .. Hihi.. Fuh.. Thank you kepada pekerja2 billion yg cekap Dan baik hati... So kepada semua wanita yg suka pakai skirt labuh, jaga2 ye, jgn berdiri di tepi eacalator ye, berdirilah di tgh2 ye.
Ni nana share gambar kain nana yg koyak tu ye. ;-)

Thursday 22 November 2012

Tips menjadi Mr. Romantik

Semua perempuan nak dapat Mr. Romantik kan??Ooops silap bukan prmpn nak tapi jika dapat itu BONUS yg perlu disyukuri. NAPE?? Sbb ramai lelaki ego utk menunjukkan sifat romantik mereka.. Sebenarnya bg nana, jika hati kite telah terpaut sampai dah nak angau, pasti sifat romantik dtg
dgn sendirinya sbb Mr lelaki pasti pk cara utk menambat hati wanita idamannya kan??? Kalo tgk cerita Korea, mesti ramai yg berangan2 akan di layan begitu romantik sampai nk menitis air mata kn???.. So lelaki apa Tunggu lagi, jom jadi MR ROMANTIK
;-)

Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda. Walaupun bagi korang ini benda remeh, tapi perempuan sangat pentingkannya tau.

Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan. itu tak membantu okay.

Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Tak ada yang nak dimalukan sekiranya awak tolong isteri awak sidai baju dan kemas rumah. Malah boleh dianggap suami mithali tu.

Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.

Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda. Takkan asyik kami je yang nak cakap saya sayang awak!

Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik. Wanita paling pantang kalau lelaki mungkir janji, so better you don’t.

Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut. Percayalah, kami akan setia kalau awak setia.

Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang. Kadang-kadang cuma SMS take care pun sudah cukup umtuk wanita rasa dihargai.

Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.

Untuk menjadi seorang yang romantik tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Lebih fokuskan kepada sesuatu yang mudah terlebih dahulu, kemudian sekiranya anda mempunyai masa, wang, dan situasi yang mengizinkan, barulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih romantik lagi untuk kenangan bersama.

Sesuatu yang besar tidak akan wujud sekiranya anda tidak bermula daripada sesuatu yang kecil.

Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam.
Bukan di kakinya untuk dialasi.
Bukan di kepalanya untuk dijunjung.
Tapi dekat di bahunya untuk dilindung.
Dekat jua di hati untuk disayangi.

KERJA VS TAK KERJA VS KERJA SENDIRI

Ade org tanye nana, ade beza ke org ade pengalaman kerja dan yg xpenah kerja langsung?? gelak je la dgr soalan gini... jwpnnya sgt berbeza,, cuba pk, kalo org xde pengalaman langsung, apa yg dia nak crite bila org tanye dia?haaaa??? apa2??? kalo org dah keje walaupun setahun, byk die leh crite sbb 365 hari dia buat keje.. nana sendiri pn akui, selama nana bekerja memang sgt byk buka mata dan minda.. dan lebih byk dr kita bekerja sendiri. Malah org2 yg berjaya pun kebanyakkan bermula dari bawah iaitu bekerja dengan org lain dahulu sblm membuka perniagaan sendiri.. First, kite kene belajar sistem bekerja atau SOP.. apa itu SOP?? haaa.. siapa kerja pasti tau kan??itu dah membuka mata yg masih xbekerja.. term2 bekerja pun lebih byk tau.. ikut atas department mane kita bekerja. Alhamdulillah, nana penah bekerja bahagian marketing, finance, public relation, human resourse dan stock control. Itu membuat nana tau serba sedikit mcm mane nak handle company. Bukan SENANG !! Itulah hakikat utk menceburi bidang business.Yg pastinya kite kene ade SOP yg bagus dlm setiap gerak kerja, so if pekerja kite nak berhenti pun xde masalah sebab segalanya teratur dan tercatat. Then, masa paling kalut masa nak buat bajet tahun depan utk department kita, if siapa2 yg penah jadi ketua department akan merasa tekanan ini, yg xpenah buat memang xrase la mcm mane azabnya tekanan kerja ni. Satu lagi nk bgtau, semakin tinggi jawatan kita, semakin BESAR gaji, dan jgn lupa ye semakin BESAR tanggungjawab anda, kalo bos2 balik lambat kerja tu biase la sbb diaorg byk kerja, so org bawah2 ni , nana nasihatkan xperlu ikut waktu kerja bos ye sbb gaji kite sampai pukul 5 je kan dan tanggungjwb org bawah memang xsebanyak  mcm bos2 sbb org bawah hanya worker(buat kerja je), bos2 pula diaorg ni decision maker(pembuat keputusan) so memang berat tanggungjwbnye..

Tak bekerja , ye la xbekerja ini bermakna xyah ambek risiko pegi kerja,x kene marah dgn pos, xkene keje lebih masa, xkene belajar benda baru , xkene berjumpa org, xkene buat kerja kerja, xkene present depan client, xterikat dengan sistem dan bole tido suka hati..TAPI SAYA BUAT JUGA KERJA RUMAH?? HIHI.. yg itu Xperlu kait kan la ye sbb itu ade la basic kehidupan, semua org akan lalui KEHIDUPAN BEKERLUARGA dan buat kerja rumah, so xperlu bercakap pasal tu ye.. mama nana pun SURI RUMAH juga tapi still berniaga walau di mana kami berpindah, dari jual kain sutera, kosmetik dan mcm2 lagi di JOHOR, KEDAH, KL dan TERENGGANU dan KELANTAN. Sebab itu mama nana independent dan ada duit sendiri utk membeli dan belanja kami bercuti ke oversea tanpa mengharapkan duit suami 100 %.. Inilah semangat yg kita perlukan walaupun SURI RUMAH.

Kerja sendiri, memang bes, suka ati nak tutup kedai,  suka hati nak cuti, kene pkkan kaedah nak buat marketing, kene cari customer sendiri, kene blajar buat marketing sendiri,kene (uruskan pekerja2 sendiri, kene uruskan stock sendiri, kene sediakan bajet tahunan, kene maintain relationship dgn customer dan pk how to retain customer. ( kalo xde pengalamn kerja memang agak sukar nak tau semua ni sbb xpenah tgk dgn mata kepala sendiri dan xpenah buat kan?) Tapi alhamdulillah nana dapat menggunakan segala pengalaman dalam pelbagai bidang utk cuba berbusiness .  Paling seronok bila setiap yg kite buat mendapat sokongan penuh dari org2 tersayang.. Syukur sgt..

Moga semua yg bekerja, xbekerja dan bekerja sendiri terus dapat bangkit dan memajukan diri kite agar mencapai kehidupan yg diidamkan. Tiada limit dalam menentukan kerjayaan kite,, Chayuk2!!



Wednesday 21 November 2012

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN BUMI PALESTIN??

BUKA MATA,BUKA HATI, SEBARKANLAH DEMI SEMANGAT SAYANGKAN SAUDARA SESAMA ISLAM.. InsyaAllah jika umat islam bersatu, pasti kemenangan milik kite... i luv islam..
Meh pakat2 tgk cara ni ye.. kalo yg besar kite xleh sumbangkan, apa kata kita sumbangkan doa. Walaupun xnampak dengan mata kasar, tapi kuasa Allah itu sgt BESAR tau.. semuanya xmustahil bole terjadi..


Yg ade duit lebih tu meh2 kite sama dermakan.. mereka sgt memerlukan duit buat masa ini. Ye la zionis dapat bantuan dr US. Palestin siapa nak bantu?? KITA la kan..Mereka adalah saudara islam kita tau, jangan lupa tu!!!. JOM BERDOA & MENDERMA. Di bawah ni ade no akaun AMAN PALESTIN yg di ambik dari fb kak Farrah Adeeba https://www.facebook.com/farrah.adeeba.5 .semoga benda yg baik ini kite sama2 sebarkan sambil niat membantu warga Palestin. InsyaAllah.



Sejarah Palestin & Israel

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:
"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"
"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"
"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"
Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.
Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.
Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang
Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.
Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.
Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.

petikan dari iluvislam.com

Thursday 15 November 2012

BAWAL 2 LAYER TERBARU

TERBUKA UNTUK BORONG. MIN BORONG 20 HELAI(HARGA BORONG LAIN DARI HARGA DI BAWAH)
MATERIAL: BAWAL PLAIN LAYER: 2
SIZE: FREE SIZE
HARGA: RM 28 SEHELAI
P/S:SEMUA GAMBAR DI DALAM ALBUM INI, TUDUNG BELUM DI GOSOK, BILA DI GOSOK AKAN TERBENTUK CANTEK DAN KEMAS. HARAP MAKLUM
CARA ORDER: LAWATI www.facebook.com/butikcintahouse , isi order form di pages tersebut atau terus email ke butikcintahouse@gmail.com atau sms terus ke 012-9087550