Tuesday 9 September 2014
Shopping barang baby secara online.
lama betul nana xupdate blog ni. Almaklum lah sejak pregnant ni jadi banyak keje plak... Sekarang masanya untuk nana settlekan semua keperluan baby. Kene settlekan awal2 sebab nanti last minit penat nak naik turun tangga kat kedai.. So nana search beberapa items secara online. First nana cari set tilam kekabu.
Korang leh tgk kat sini:
>> http://www.littledje.com/
>> http://littledivaboutique.blogspot.com/
>> https://www.facebook.com/TokMieCollection?ref=stream
>> https://www.facebook.com/c.junkhalid
Kalau nak baju kostium binatang2 pula, korang boleh beli dengan akak ni ye, nana dah beli dah :-)
>> https://www.facebook.com/suzana.salihat?fref=ts
Kalau korang nak cari barut baby yang memang kemas, sila la order dengan akak ini ye, nana order banyak barang dengan akak mazlin ni ye . Akak ni memang ada kedai jual barang2 baby tau, cakap je nak apa, semua ada walaupun barang tu xde dalam blogdia. http://mybabycomel.com/
Satu lagi yg ada kedai ialah akak ini ye https://www.facebook.com/marissa.shoppe?ref=br_tf
Best rasa saat2 akhir mengandung ni, badan rasa segar, alhamdulillah, rasa asyik nak berjalan dan aktif je.. Mujur ada suami yang sangat penyayang.. Kami tak sabar menanti anak ini.. Syukur ya Allah dengan nikmat rezeki ini..
Semoga entry ni dapat membantu korang ye :-) slamat bershopping
Thursday 3 April 2014
Tips bawa anak kecil ke kenduri kahwin
Hai semua mummy &
daddy,
Nak pergi kenduri dengan si kecil? Takut pikirkan kerenah anak di majlis nanti?
Kak nana sediakan tips untuk korang ya based on true experience.
Tips pakaian ibu menyusu di majlis:-
1. Pilih baju yg warna gelap atau bunga dan corak yang penuh untuk elakkan kesan susu tumpah di baju selepas menyusu anak.
2. Pastikan bawa nursing cover
3. Labuh tudung sampai tudung ke dada bagi menutup kesan susu yang terkena baju.
4. Jangan pakai barang kemas contoh rantai, gelanb atau cincin yang boleh mencederakan bayi jika kita dukung anak.
5. Elak pakaian yang berlabuci atau pearl untum elakkam baby cedera atau sakit ketika kita dukung.
Tips pakaian anak-anak:
1. Pastikan jenis kain cotton atau kain yang tak panas. Contoh baju melayu cotton, bj kurung cotton, bj gaun cotton.
2. Kalau majlis grand anak2 pakai baju gaun satin dan coat pastikan bawa persalinan yang selesa dan cantik. Takut anak meragam nak suh buka baju boleh tukar dengan persalinan yang di bawa selepas majlis.
3. Kasut anak pastikan selesa dan lembut atau pakaikan stokin bagi mengelak melecet atau sakit kaki.
Tips beg kecemasan letak dalam kereta ketika hadir kenduri(letak je dalam kereta ye)
1. Baju, seluar dan tudung ibu untuk persalinan jika anak muntah di atas ibu.
2. Baju, seluar, tuala, diapers , sabun, plastik baju busuk dan plastik berak anak.
3. Tisu basah dan tisu biasa.
4. Pelapik getah bayi atau kain lampin bayi utk lapik bayi ketika salin diapers.
Tips bekalan anak:
1. Kenyangkan anak sebelum ke kenduri. Jangan pula ada minded malas nak masak sebab ada kenduri. Bila dah ada anak, kene pastikan perut anak sentiasa kenyang, so budak2 yg kenyang pasti kurang meragam, silap2 boleh tertidur nyenyak.
2. Bawa bekas air anak sorang satu. Jika anak 2 orang pastikan ada 2 botol air. Ibu2 tak perlu galas 👜 handbag ye tukar kepada galas botol air anak. Niat nak bergaya sila korbankan utk 5 tahun ni je..
Tips makan di majlis :
1. Pastikan bawa tisu dalam poket mama atau daddy ye. Takut tisu kat kenduri habis nak lap mulut anak2 atau makanan yang tumpah.
2. Makan di luar rumah jika disediakan khemah. Elakkan makan di dalam rumah. Tuan rumah sediakan khemah utk elakkan rumah kotor. Jika terpaksa makan di dalam rumah pastikan suap anak atau kutip makanan yang tumpah. Jangan sesekali tinggalkan sisa makanan yang anda sekeluraga makan di rumah orang. Ingat adap pasti dijaga walaupun ada anak kecil.
3. Makan dan balik dengan segera. InsyaAllah orang akan paham sebab kita ada anak2 kecil yang perlukan perhatian. Tak perlu tunggu majlis sampai anak
menangis.
Sekian selamat berkenduri mummydaddy 😊
Tuesday 1 April 2014
Melancong & Holiday ROUND MESIR PART 2
HARI PERTAMA
Selepas pi makan nabi Daniel terus kami di bawa ke restoran tepi laut di Alexandria. Lapar sangat dah masa ni, tapi makan di sini bukan cita rasa orang kita. Makanan di sinisemuanya tawar dan tak ada cili sos ke, kicap ke. So ada salah seorang dari ahli kumpulan ni bawa sambal kering, memang sedap la tengok dia makan, sekali sekala dia tawar kat kami juga.
Lepas puas ambil gambar di sini, kami pun terus ke hotel tepi pantai. Alexandria ni bandar dia sepanjang pantai, so, kita akan lalu sepanjang persisiran pantai untuk ke hotel tersebut. Dalam bas semua tertidur sebab kepenatan.
Pada waktu malam kami sempat dinner bersama adik lelaki bongsu nana yang belajar di Alexandria dalam jurusan Pergigian (Doktor gigi) dan anak kawan baik daddy nana (sebelah kiri baju harimau) yang juga senior kepada adik lelaki nana. Malam ni daddy belanja diaorang makan. Sedap ke? emmmm.. not my taste. Tekak memang tak dapat terima masakkan sana. Nasib la adik lelaki nana bawakan juga kebab, macaron dan nasi manis. Dia kata dia beli tempat sedap. Memang sedap la, habis nana dan farhana (adik) makan. Alhamdulillah kenyang. Terima kasih fariz (adik )
Nantikan sambungan seterusnya yang lagi menarik, tengok piramid, mumia dan banyak lagi.. daaa