Tuesday 1 April 2014

Melancong & Holiday ROUND MESIR PART1



Hellllooo mek-mek sekalian, hari ni nana nak cerita pengalaman masa pi melancong ke MESIR selama 10 hari. Dulu mesir ni tengok dalam tv je, tu pun kenal piramid dengan mumia je sebab suka tengok cerita THE MUMMY..  So, dalam kepala pikir betul ke ada bilik-bilik rahsia yang di perbuat dari batu macam dalam cerita the mummy tu. Excited gile rasa. Ok, nana dari Kota Bharu, Kelantan naik kereta dengan daddy, mama dan farhana (adik bongsu) ke Kuala Lumpur. Then sampai KL terus pi Putrajaya rumah abang sulung nana. Keesokkannya kitaorang berempat minta tolong abe hantar kitaorang kat stesen ERL tarnsit Putrajaya.Nana punya flight ke Doha pukul 3.40 pagi ye. So, kul 10 malam kitaorg dah bertolak, sampai kat KLIA, kitaorang tidur dulu atas kerusi. Ingat kan kiraorang je yang tidur , rupanya semua group POTO travel dah sampai, masing tidur atas kerusi menunggu pukul 3.40 pagi. Oh ye nana pegi dengan travel agensi POTO travel. Dewasa RM6968 seorang untuk bilik berdua.


Tu dia bag besar satu sorang sebab nana pergi masa permulaan winter di mesir, so kene bawa baju-baju sejuk juga :-)






Nana naik Qatar Airways. Pramugara semua cantik-cantik macam model.


Ni gambar di dalam flight Qatar Airway QR623 yang sempat nana ambil. Kat setiap tempat duduk ada disediakan TV sorang satu untuk tengok movie dan dengar lagu. Yang bestnya TV ni touch screen semuanya. .Haha nampak sangat jakun kan.. Memang tak penah berjalan jauh macamni, sebelum ni pun penah pegi Jakarta 2 kali, bandung 2 kali, Puncak sekali, Hatnyai sekali dan Singapura 5 kali. Dan setiap sorang ada disediakan earphone untuk tengok movie. So wajib pakai earphone tau, nanti ganggu pula orang sebelah. So bila dah terbang tinggi dan dah siap makan, semua lampu di padamkan untuk kita tidur.




 Wajib pakai earphone ni kalau nak tengok tv ye..


Ni lah makanan yang pagi yang di berikan atas flight.

Ini pula snack time, sedap roti ni, panas-panas lagi.





Diaorang bagi selimut ,bantal dan bag pack yang mengandungi eye mask, earplugs, travel socks and a folding toothbrush!  bag pack tu boleh bawa balik kecuali bantal dan selimut sila tinggalkan dalam flight ye.


Sebelum tidur, pramugari akan bagi sticker kecik-kecik untuk kita lekatkan kat depan seat kita. Cantik kan sticker-sticker ni, fungsinya untuk bagi arahan kat pramugari masa diaorang nak bagi makanan, sama ada kita nak suruh diaorang gerak kita atau tidak. Just lekat je sticket ni kat depan tempat duduk kita ye..


Penerbangan dari KL ke Doha , ibu negara Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit menggunakan pesawat Airbus A330-300. Masa berlepas dari KLIA adalah pada pukul 3.40 pagi dan tiba di Doha International Airport pada jam 6.30 pagi(waktu tempatan Doha)  oha (GMT+3) adalah 5 jam lewat berbanding waktu tempatan di Malaysia (GMT+8).


Di Doha International Airport ni, arrival dia mengikut warna sampul boarding pass masing-masing tau. Kalau penumpang macam nana ni yang just transit, akan dapat sampul boarding pass warna kuning semasa check in di KLIA tapi kalau yang memang nak pergi Doha sebagai destinasi terakhir, korang akan diberikan sampul boarding pass warna biru.


Bila turun je dari flight, para penumpang akan di bawa ke bangunan terminal ketibaan/transit oleh bas yang pihak airport sediakan. Memang kene pastikan betul-betul turun di terminal yang betul mengikut warna sampul boading pass kita. Tapi takyah risau, sebab bila bas berhenti, ada petugas Qatar Airways yang akan jerit "Transit Passenger" bila bas tiba di bangunan terminat transit. Dan bila tiba di bangunan terminat ketibaan pula diaorg jerit "Doha Arrival".





Ini la pemandangan di kawasan luar airport Doha, semua padang pasir, nam jumpa pokok hijau jangan harap la. Bersyukur sangat dapat hidup kat Malaysia yang hijau damai kan.







 Ni pula dalam Doha International Airport, Qatar. Sempat tidur sebelum next flight naik Etihad Airways ke Alexandria , Mesir yang mengambil masa 2-3 jam. Bertolak pada pukul 7.20 pagi dan sampai di Alexandria pada pukul 10.20 pagi..

Fuh penat dah menaip,nanti nana sambung, TUNGGU tau sebab banyak benda-benda best kat mesir ni.. daaa,,,


No comments:

Post a Comment