Tuesday 1 April 2014

Melancong & Holiday ROUND MESIR PART 2

Helloo mek-mek sekalian, harini jom sambung cerita round mesir part 2 plak. Pukul 10.20 pagi (waktu mesir) nana sampai di airport Alexandria, Ibu negara Mesir.

HARI PERTAMA




Dari airport Alexandria ke bandar Alexandria jauh juga dalam sejam baru sampai. Sampai terus kami di bawa melawat ke Catacombof Com El Shofaka, Maqam Nabi Daniel & Loqman Al-Hakim,Morsi Abu El Abbas Mosque. Dengan tak mandinya terus pi melawat kan..ish2..




Selepas pi makan nabi Daniel terus kami di bawa ke restoran tepi laut di Alexandria. Lapar sangat dah masa ni, tapi makan di sini bukan cita rasa orang kita. Makanan di sinisemuanya tawar dan tak ada cili sos ke, kicap ke. So ada salah seorang dari ahli kumpulan ni bawa sambal kering, memang sedap la tengok dia makan, sekali sekala dia tawar kat kami juga.



Lepas dah sudah makan , kami di bawa melawat ke Roman Theater & Qait Bay's Fort. This is one of the seven wonders of the world. Kat sini busuk sikit sebab bau air kencing keldai. Orang Mesir masih menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk angkat barang. Macam zaman dulu-dulu kan. Klasik sangat.



Lepas puas ambil gambar di sini, kami pun terus ke hotel tepi pantai. Alexandria ni bandar dia sepanjang pantai, so, kita akan lalu sepanjang persisiran pantai untuk ke hotel tersebut. Dalam bas semua tertidur sebab kepenatan.

Sambil lepak di hotel bersama mama. 

Hotel ni ada kolam besar tapi memandangkan musim sejuk, tak ada seorang pun nak pi terjun kolam tu.


Pada waktu malam kami sempat dinner bersama adik lelaki bongsu nana yang belajar di Alexandria dalam jurusan Pergigian (Doktor gigi) dan anak kawan baik daddy nana (sebelah kiri baju harimau) yang juga senior kepada adik lelaki nana. Malam ni daddy belanja diaorang makan. Sedap ke? emmmm.. not my taste. Tekak memang tak dapat terima masakkan sana. Nasib la adik lelaki nana bawakan juga kebab, macaron dan nasi manis. Dia kata dia beli tempat sedap. Memang sedap la, habis nana dan farhana (adik) makan. Alhamdulillah kenyang. Terima kasih fariz (adik )


kebab ni pun sedap dan lazat

Nasi manis ni sedap.. macam campur susu pekat
Macaron paling sedap penah makan

Malam tu kami semua tidur dengan lenanya sebab kepenatan. Begitulah ceria sehari kami di Alexandria.
Nantikan sambungan seterusnya yang lagi menarik, tengok piramid, mumia dan banyak lagi.. daaa


4 comments:

  1. Wah bestnya dah sampai mesir. Oh diarang masih guna keldai utk angkut barang, menarik tu.

    ReplyDelete
  2. nanti nana sambung ;lagi story ye, banyak lagi yg best2 kat sana.. tq sebab sudi singgah kat blog nana :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Nana,boleh saya dapatkan emel awak.Saya akan ke Mesir tanpa travel agent mungkin awak boleh kongsikan sedikit tips nanti.Semoga Allah saja dapat membalas jasa awak.Blog awak sangat membantu dan berguna.Terima kasih sekali lagi (sitiaisyah.affendilee@gmail.com)

    ReplyDelete
  4. Salam siti aisyah. Maaf nana lambat reply sebab alahan mengandung. Aisyah boleh email nana ye di nanaputerigemini@gmail.com

    ReplyDelete