Friday 28 December 2018

The best makeup primer

Hai semua. Ermm jarang nana nak tulis panjang2 kat blog personal ni, selalu nak jual barang mesti tulis kat fb kan atau shopee atau ig. Tapi sebab benda ni nana rasa patut share untuk semua kawan2 dan saudara mara so nana taiplah ye. Sharing is caring kan. 😘

Siapa2 yg masa kerja lepas solat zohor nak cepat malas nak makeup, atau nak teman anak swimming ke, atau balik kg duk rumah mertua ke takkan nak makeup beria sgt kan tapi taknak la muka nampak tongel je kan. Dah umur 30an ni kulit tak seglowing dulu kan.

So nana suggestkan guna glam face primer ni. Bagus betul benda ni 3 in 1. Ada sunblock spf 30, pelembap dan concealer. Boleh juga jadi makeup based utk makeup tahan lama dan tak pecah. Yg penting tak berminyak sebab dia water-based. Nana just pakai glem face primer ni je masa nak keluar rumah hantar anak sekolah, gi kedai runcit, gi pejabat pos. Kalau nak pi mall just add loose powder atau compact powder je. Rasa buka fresh dan tak nampak pun mcm pakai apa2.. Nampak segar, cerah dan berseri je. . Senang mudah jimat. Sgt bagus. Try la. Ada 2 kaler pink dan nude.. Pink jadikan muka kita segar berseri dan nampak cerah🤗 nude pun best bole tutup lebam2 bawah mata dan nampak macam effect pakai foundation..jimat masa takyah dah pakai pelembap, sunblock dan foundation. Terbaik!!

Nana dah try dan memang best gile. Nana baru sign up jadi agen sbb puas hati sgt. Siapa2 nak try whatsapp la nana ye 😊 murah je satu Rm30 utk 8ml yg besar pun ada.. Nana mula2 dulu beli terus dua kaler pink dan nude. Kalau muka teruk sgt sebab tak cukup tido memang guna yg nude, kalau muka ok cukup tido guna yg pink.. Dua2 ni sgt diperlukan.. Try la dulu.. Pakai 2,3 hari je confirm puas hati.. 🤗🤗

WHATSAPP nana ye 😊 ⬇️ ⬇️
www.wasap.my/60129087550/GFPMOSSMAYRA

Balik pulau FREE COD

Tuesday 9 September 2014

Shopping barang baby secara online.

Hye ladies,

lama betul nana xupdate blog ni. Almaklum lah sejak pregnant ni jadi banyak keje plak... Sekarang masanya untuk nana settlekan semua keperluan baby. Kene settlekan awal2 sebab nanti last minit penat nak naik turun tangga kat kedai.. So nana search beberapa items secara online. First nana cari set tilam kekabu.



Korang leh tgk kat sini:
>> http://www.littledje.com/
>> http://littledivaboutique.blogspot.com/
>> https://www.facebook.com/TokMieCollection?ref=stream
>> https://www.facebook.com/c.junkhalid

Kalau nak baju kostium binatang2 pula, korang boleh beli dengan akak ni ye, nana dah beli dah :-)




>> https://www.facebook.com/suzana.salihat?fref=ts

Kalau korang nak cari barut baby yang memang kemas, sila la order dengan akak ini ye, nana order banyak barang dengan akak mazlin ni ye . Akak ni memang ada kedai jual barang2 baby tau, cakap je nak apa, semua ada walaupun barang tu xde dalam blogdia.  http://mybabycomel.com/


Satu lagi yg ada kedai ialah akak ini ye https://www.facebook.com/marissa.shoppe?ref=br_tf

Best rasa saat2 akhir mengandung ni, badan rasa segar, alhamdulillah, rasa asyik nak berjalan dan aktif je.. Mujur ada suami yang sangat penyayang.. Kami tak sabar menanti anak ini.. Syukur ya Allah dengan nikmat rezeki ini..

Semoga entry ni dapat membantu korang ye :-) slamat bershopping

Thursday 3 April 2014

Tips bawa anak kecil ke kenduri kahwin

Hai semua mummy & 

daddy,


Nak pergi kenduri dengan si kecil? Takut pikirkan kerenah anak di majlis nanti?
Kak nana sediakan tips untuk korang ya based on true experience.

Tips pakaian ibu menyusu di majlis:-

1. Pilih baju yg warna gelap atau bunga dan corak yang penuh untuk elakkan kesan susu tumpah di baju selepas menyusu anak.

2. Pastikan bawa nursing cover

3. Labuh tudung sampai tudung ke dada bagi menutup kesan susu yang terkena baju.

4. Jangan pakai barang kemas contoh rantai, gelanb atau cincin yang boleh mencederakan bayi jika kita dukung anak. 

5. Elak pakaian yang berlabuci atau pearl untum elakkam baby cedera atau sakit ketika kita dukung. 


Tips pakaian anak-anak:
1. Pastikan jenis kain cotton atau kain yang tak panas. Contoh baju melayu cotton, bj kurung cotton, bj gaun cotton.
2. Kalau majlis grand anak2 pakai baju gaun satin dan coat pastikan bawa persalinan yang selesa dan cantik. Takut anak meragam nak suh buka baju boleh tukar dengan persalinan yang di bawa selepas majlis.
3. Kasut anak pastikan selesa dan lembut atau pakaikan stokin bagi mengelak melecet atau sakit kaki.

Tips beg kecemasan letak dalam kereta ketika hadir kenduri(letak je dalam kereta ye)
1. Baju, seluar dan tudung ibu untuk persalinan jika anak muntah di atas ibu.
2. Baju, seluar, tuala, diapers , sabun, plastik baju busuk dan plastik berak anak.
3. Tisu basah dan tisu biasa.
4. Pelapik getah bayi atau kain lampin bayi utk lapik bayi ketika salin diapers.

Tips bekalan anak:
1. Kenyangkan anak sebelum ke kenduri. Jangan pula ada minded malas nak masak sebab ada kenduri. Bila dah ada anak, kene pastikan perut anak sentiasa kenyang, so budak2 yg kenyang pasti kurang meragam, silap2 boleh tertidur nyenyak.

2. Bawa bekas air anak sorang satu. Jika anak 2 orang pastikan ada 2 botol air. Ibu2 tak perlu galas 👜 handbag ye tukar kepada galas botol air anak. Niat nak bergaya sila korbankan utk 5 tahun ni je..

Tips makan di majlis :

1. Pastikan bawa tisu dalam poket mama atau daddy ye. Takut tisu kat kenduri habis nak lap mulut anak2 atau makanan yang tumpah.

2. Makan di luar rumah jika disediakan khemah. Elakkan makan di dalam rumah. Tuan rumah sediakan  khemah utk elakkan rumah kotor. Jika terpaksa makan di dalam rumah pastikan suap anak atau kutip makanan yang tumpah. Jangan sesekali tinggalkan sisa makanan yang anda sekeluraga makan di rumah orang. Ingat adap pasti dijaga walaupun ada anak kecil.

3. Makan dan balik dengan segera. InsyaAllah orang akan paham sebab kita ada anak2 kecil yang perlukan perhatian. Tak perlu tunggu majlis sampai anak
menangis.

Sekian selamat berkenduri mummydaddy 😊

Tuesday 1 April 2014

Melancong & Holiday ROUND MESIR PART 2

Helloo mek-mek sekalian, harini jom sambung cerita round mesir part 2 plak. Pukul 10.20 pagi (waktu mesir) nana sampai di airport Alexandria, Ibu negara Mesir.

HARI PERTAMA




Dari airport Alexandria ke bandar Alexandria jauh juga dalam sejam baru sampai. Sampai terus kami di bawa melawat ke Catacombof Com El Shofaka, Maqam Nabi Daniel & Loqman Al-Hakim,Morsi Abu El Abbas Mosque. Dengan tak mandinya terus pi melawat kan..ish2..




Selepas pi makan nabi Daniel terus kami di bawa ke restoran tepi laut di Alexandria. Lapar sangat dah masa ni, tapi makan di sini bukan cita rasa orang kita. Makanan di sinisemuanya tawar dan tak ada cili sos ke, kicap ke. So ada salah seorang dari ahli kumpulan ni bawa sambal kering, memang sedap la tengok dia makan, sekali sekala dia tawar kat kami juga.



Lepas dah sudah makan , kami di bawa melawat ke Roman Theater & Qait Bay's Fort. This is one of the seven wonders of the world. Kat sini busuk sikit sebab bau air kencing keldai. Orang Mesir masih menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk angkat barang. Macam zaman dulu-dulu kan. Klasik sangat.



Lepas puas ambil gambar di sini, kami pun terus ke hotel tepi pantai. Alexandria ni bandar dia sepanjang pantai, so, kita akan lalu sepanjang persisiran pantai untuk ke hotel tersebut. Dalam bas semua tertidur sebab kepenatan.

Sambil lepak di hotel bersama mama. 

Hotel ni ada kolam besar tapi memandangkan musim sejuk, tak ada seorang pun nak pi terjun kolam tu.


Pada waktu malam kami sempat dinner bersama adik lelaki bongsu nana yang belajar di Alexandria dalam jurusan Pergigian (Doktor gigi) dan anak kawan baik daddy nana (sebelah kiri baju harimau) yang juga senior kepada adik lelaki nana. Malam ni daddy belanja diaorang makan. Sedap ke? emmmm.. not my taste. Tekak memang tak dapat terima masakkan sana. Nasib la adik lelaki nana bawakan juga kebab, macaron dan nasi manis. Dia kata dia beli tempat sedap. Memang sedap la, habis nana dan farhana (adik) makan. Alhamdulillah kenyang. Terima kasih fariz (adik )


kebab ni pun sedap dan lazat

Nasi manis ni sedap.. macam campur susu pekat
Macaron paling sedap penah makan

Malam tu kami semua tidur dengan lenanya sebab kepenatan. Begitulah ceria sehari kami di Alexandria.
Nantikan sambungan seterusnya yang lagi menarik, tengok piramid, mumia dan banyak lagi.. daaa


Melancong & Holiday ROUND MESIR PART1



Hellllooo mek-mek sekalian, hari ni nana nak cerita pengalaman masa pi melancong ke MESIR selama 10 hari. Dulu mesir ni tengok dalam tv je, tu pun kenal piramid dengan mumia je sebab suka tengok cerita THE MUMMY..  So, dalam kepala pikir betul ke ada bilik-bilik rahsia yang di perbuat dari batu macam dalam cerita the mummy tu. Excited gile rasa. Ok, nana dari Kota Bharu, Kelantan naik kereta dengan daddy, mama dan farhana (adik bongsu) ke Kuala Lumpur. Then sampai KL terus pi Putrajaya rumah abang sulung nana. Keesokkannya kitaorang berempat minta tolong abe hantar kitaorang kat stesen ERL tarnsit Putrajaya.Nana punya flight ke Doha pukul 3.40 pagi ye. So, kul 10 malam kitaorg dah bertolak, sampai kat KLIA, kitaorang tidur dulu atas kerusi. Ingat kan kiraorang je yang tidur , rupanya semua group POTO travel dah sampai, masing tidur atas kerusi menunggu pukul 3.40 pagi. Oh ye nana pegi dengan travel agensi POTO travel. Dewasa RM6968 seorang untuk bilik berdua.


Tu dia bag besar satu sorang sebab nana pergi masa permulaan winter di mesir, so kene bawa baju-baju sejuk juga :-)






Nana naik Qatar Airways. Pramugara semua cantik-cantik macam model.


Ni gambar di dalam flight Qatar Airway QR623 yang sempat nana ambil. Kat setiap tempat duduk ada disediakan TV sorang satu untuk tengok movie dan dengar lagu. Yang bestnya TV ni touch screen semuanya. .Haha nampak sangat jakun kan.. Memang tak penah berjalan jauh macamni, sebelum ni pun penah pegi Jakarta 2 kali, bandung 2 kali, Puncak sekali, Hatnyai sekali dan Singapura 5 kali. Dan setiap sorang ada disediakan earphone untuk tengok movie. So wajib pakai earphone tau, nanti ganggu pula orang sebelah. So bila dah terbang tinggi dan dah siap makan, semua lampu di padamkan untuk kita tidur.




 Wajib pakai earphone ni kalau nak tengok tv ye..


Ni lah makanan yang pagi yang di berikan atas flight.

Ini pula snack time, sedap roti ni, panas-panas lagi.





Diaorang bagi selimut ,bantal dan bag pack yang mengandungi eye mask, earplugs, travel socks and a folding toothbrush!  bag pack tu boleh bawa balik kecuali bantal dan selimut sila tinggalkan dalam flight ye.


Sebelum tidur, pramugari akan bagi sticker kecik-kecik untuk kita lekatkan kat depan seat kita. Cantik kan sticker-sticker ni, fungsinya untuk bagi arahan kat pramugari masa diaorang nak bagi makanan, sama ada kita nak suruh diaorang gerak kita atau tidak. Just lekat je sticket ni kat depan tempat duduk kita ye..


Penerbangan dari KL ke Doha , ibu negara Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit menggunakan pesawat Airbus A330-300. Masa berlepas dari KLIA adalah pada pukul 3.40 pagi dan tiba di Doha International Airport pada jam 6.30 pagi(waktu tempatan Doha)  oha (GMT+3) adalah 5 jam lewat berbanding waktu tempatan di Malaysia (GMT+8).


Di Doha International Airport ni, arrival dia mengikut warna sampul boarding pass masing-masing tau. Kalau penumpang macam nana ni yang just transit, akan dapat sampul boarding pass warna kuning semasa check in di KLIA tapi kalau yang memang nak pergi Doha sebagai destinasi terakhir, korang akan diberikan sampul boarding pass warna biru.


Bila turun je dari flight, para penumpang akan di bawa ke bangunan terminal ketibaan/transit oleh bas yang pihak airport sediakan. Memang kene pastikan betul-betul turun di terminal yang betul mengikut warna sampul boading pass kita. Tapi takyah risau, sebab bila bas berhenti, ada petugas Qatar Airways yang akan jerit "Transit Passenger" bila bas tiba di bangunan terminat transit. Dan bila tiba di bangunan terminat ketibaan pula diaorg jerit "Doha Arrival".





Ini la pemandangan di kawasan luar airport Doha, semua padang pasir, nam jumpa pokok hijau jangan harap la. Bersyukur sangat dapat hidup kat Malaysia yang hijau damai kan.







 Ni pula dalam Doha International Airport, Qatar. Sempat tidur sebelum next flight naik Etihad Airways ke Alexandria , Mesir yang mengambil masa 2-3 jam. Bertolak pada pukul 7.20 pagi dan sampai di Alexandria pada pukul 10.20 pagi..

Fuh penat dah menaip,nanti nana sambung, TUNGGU tau sebab banyak benda-benda best kat mesir ni.. daaa,,,


Saturday 2 March 2013

GLUTA ACTIVITE KULIT PUTIH GEBUS & HALUS

Salam semua, hari ni nana nak cerita pasal satu produk yg sgt hot dan bes.. betul xtipu tau.. APA DIA?ala.. sabar la dulu.. dgr nana cerita dulu k. Ok dulu masa sekolah nana jenis yg xsuka pakai bedak muka sbb kononnya kulit dah cantek (kulit muda memang la xde masalah lg kan). Suatu hari mama nana belikan satu krim. Penyampah betul la masa tu sbb leceh nk kene berkrim2 la pula (padahal masa tu mama dah tgk kulit nana makin gelap sebab kuat main tgh panas). Di pendekkan cerita start darjah 4 mama dah ajar pakai sunblock.. dulu masa kecik2 setiap kali nak swimming baru sapu sunblock tapi kali ni hari2 nak pi sekolah dan main kene pakai.. WAJIB BERSUNBLOCK ok!! tapi bile dah makin tua ni sapu sunblock pun kulit tetap xelok juga kan?huhu itula nasib seorg wanita yg makin meningkat usia.. Nana pun terbaca la satu artikel ni yg bgtau kulit kita memerlukan makanan tambahan utk sentiasa segar dan muda. Waktu ni baru terpikir, patut la org duk heboh "AWET MUDA" rupanya ada rahsianya ..ingatkan awet muda ni secara semulajadi atau ditakdirkan tapi rupanya cara pemakanan kita pun termasuk utk dapat title "AWET MUDA". So, di usia 26 tahun ni nana decide utk intai produk "Gluta Activite". Penah dgr x perkataan Glutathione??Glutathione sudah lama terkenal dikalangan artis2 dan selebriti antarabangsa dan juga di Malaysia. Juga dikenali dengan gelaran Master Antioxidant. Pengambilan Glutathione dengan cara berterusan akan membuat kulit semakin putih dan cerah. Glutathione juga akan membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Sebab tu la nana pilih produk "Activite" ni sbb kandungan utamanya ialah Glutathione yg sgt hebat.

NAK TAU TAK HARGA "ACTIVITE" NI BERAPA? xmahal sgt pun, nana ingatkan mula-mula sampai la RM300 lebih mcm produk lain kan,tapi rupa-rupanya RM130 je satu kotak.. tahan sebulan pula tu.. ada 30 biji. nana makan sebiji sehari je sudah memadai.

NAK BELI KATNE?? mai beli kat sini je, sbb kat sini sure 100 % original, kalo kat tempat lain nana takut korang kene tipu je, kan sekarang byk gile produk tiruan kan, teruatamanya produk dari China.. uolls tgk page ni ye https://www.facebook.com/pages/Gluta-putih-gebu/347926935326741

Nak tau lagi pasal "ACTIVITE"??

Activite mencerahkan kulit dalam masa yang singkat.Tidak perlu lagi suntikan untuk mencantikkan kulit anda.Hanya dengan 2 kapsul sehari kulit anda akan menjadi cerah dan halus.Parut dan jeragat juga akan hilang.Diadun dari ekstrak marin laut dalam dan herba terpilih ini dapat menyelesaikan masalah kulit anda dalam masa yang singkat sahaja.Sudah ramai yang mencuba dan menikmati hasilnya.
Terdapat testimoni kesan boleh dilihat seawal 7hari!walaubagaimanapun, ia bergantung pada masalah pada kulit anda. Tetapi kesan akan dapat dilihat juga dalam 1kotak.

Ciri-ciri utama Glutathione adalah :

1) Ia menghalang proses sistesis melanin,iaitu kehadiran pigmen gelap di kulit yang
menyebabkan warna kulit lebih terang & cerah.

2) Glutathione adalah agen antioksida yang berkesan bagi membantu melambatkan
proses degenerasi sel.

3) Kurangnya Glutathione akan mengarah kepada stress oksidatif. Glutathione memainkan peranan
dalam proses pemutihan kulit dengan mengurangkan pengeluaran pigmen kulit.
Ini akan mengganggu pusat metabolism bagi pembentukan melanin dalam kulit.

Apabila berlaku stimulasi oleh sinar matahari @ kepanasan melanosit di kulit kita akan menghasilkan eumelanin,pigmen hitam,phaemelanindan pigmen merah. Kita biasanya melihat warna kulit berubah gelap selepas terkena sinar matahari kerana munculnya pigmen hitam yang lebih kuat. Dalam sintesis melanin, kehadiran Gluthatione akan menhalang fungsi enzim tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran eumelanin. Sebagai antioksidan kuat,glutathione juga menghalang spesis oksigen reaktif dan peroksida,yang mampu merangsang enzim tirosinase. Kesan akan antioksidan berterusan selagi ada gluthatione.Pada akhirnya,tona kulit ternyata lebih cerah

KEBAIKAN GLUTATHIONE
Glutathione bukan hanya berperanan sebagai agen pemutih kulit tetapi ia jugak untuk

   Antioksidan
    Kanser
    Selaput
    Penyakit Hati
    Masalah Mata

Siapa yang memerlukan Activite ini?

    Perokok
    Peminum Alkohol/arak
    Sistem imunisasi yang rendah
    Masalah Hati
    Masalah Tirod
    Kadar sperma yang rendah
    Kanser
    Kepada yang memerlukan kulit yang cerah,putih atau ingin hilangkan jeragat.

Kebaikan :

    Memutihkan Kulit
    Menghilangkan bintik hitam
    Mencegah/menghilangkan jerawat dan parut
    Anti penuaan & anti kedut
    Menjadikan kulit licin,segar dan berseri-seri
    Mempercepatkan penyembuhan luka

Kandungan :
L-Glutathione with L-Cysteine, Alpha-Lipoic Acid and Niacinamide capsule dietry supplement

Arahan : Ambil 1-2 kapsul sehari,selepas makan.

Kesan pengambilan Activite + Collagen Pluss jika diambil secara BERTERUSAN boleh dilihat dalam jangka masa berbeza mengikut warna kulit.

CARA PENGAMBILAN YANG DISYORKAN BAGI MENDAPATKAN HASIL TERBAIK:
BULAN PERTAMA:
SEBAIK-BAIKNYA MENGAMBIL SEBIJI ACTIVITE DAN COLLAGEN PLUS PADA AWAL PAGI DAN MALAM (2 KALI SEHARI) BAGI MENDAPAT KESAN YANG LEBIH CEPAT DAN KETARA.
BULAN SETERUSNYA:
MEMADAI DENGAN MENGAMBIL SEBIJI ACTIVITE DAN COLLAGEN PLUS SEKALI SEHARI PADA SEBELAH PAGI BAGI MENGEKALKAN KECANTIKAN KULIT
AMBIL ACTIVITE BERSAMA-SAMA COLLAGEN PLUS UNTUK KESAN YANG CEPAT DAN MAKSIMUM AGAR KULIT MENJADI MULUS,GEBU,CERAH DAN TEGANG.

P/S: nak tau pasal collagen plus?? tunggu next post nana ye.. tapi kalo nak beli bole je pm kat page https://www.facebook.com/pages/Gluta-putih-gebu/347926935326741

bagi yg berminat nak join business "GLUTA ACTIVITE" yg best gile ni, leh la pm kat page diatas atau sms/whatsapp 0129087550.. manyak baik punye business tau...  
  

ni nana tunjuk gambar2 activite ni k.. enjoy semua :-)