Thursday 3 April 2014

Tips bawa anak kecil ke kenduri kahwin

Hai semua mummy & 

daddy,


Nak pergi kenduri dengan si kecil? Takut pikirkan kerenah anak di majlis nanti?
Kak nana sediakan tips untuk korang ya based on true experience.

Tips pakaian ibu menyusu di majlis:-

1. Pilih baju yg warna gelap atau bunga dan corak yang penuh untuk elakkan kesan susu tumpah di baju selepas menyusu anak.

2. Pastikan bawa nursing cover

3. Labuh tudung sampai tudung ke dada bagi menutup kesan susu yang terkena baju.

4. Jangan pakai barang kemas contoh rantai, gelanb atau cincin yang boleh mencederakan bayi jika kita dukung anak. 

5. Elak pakaian yang berlabuci atau pearl untum elakkam baby cedera atau sakit ketika kita dukung. 


Tips pakaian anak-anak:
1. Pastikan jenis kain cotton atau kain yang tak panas. Contoh baju melayu cotton, bj kurung cotton, bj gaun cotton.
2. Kalau majlis grand anak2 pakai baju gaun satin dan coat pastikan bawa persalinan yang selesa dan cantik. Takut anak meragam nak suh buka baju boleh tukar dengan persalinan yang di bawa selepas majlis.
3. Kasut anak pastikan selesa dan lembut atau pakaikan stokin bagi mengelak melecet atau sakit kaki.

Tips beg kecemasan letak dalam kereta ketika hadir kenduri(letak je dalam kereta ye)
1. Baju, seluar dan tudung ibu untuk persalinan jika anak muntah di atas ibu.
2. Baju, seluar, tuala, diapers , sabun, plastik baju busuk dan plastik berak anak.
3. Tisu basah dan tisu biasa.
4. Pelapik getah bayi atau kain lampin bayi utk lapik bayi ketika salin diapers.

Tips bekalan anak:
1. Kenyangkan anak sebelum ke kenduri. Jangan pula ada minded malas nak masak sebab ada kenduri. Bila dah ada anak, kene pastikan perut anak sentiasa kenyang, so budak2 yg kenyang pasti kurang meragam, silap2 boleh tertidur nyenyak.

2. Bawa bekas air anak sorang satu. Jika anak 2 orang pastikan ada 2 botol air. Ibu2 tak perlu galas 👜 handbag ye tukar kepada galas botol air anak. Niat nak bergaya sila korbankan utk 5 tahun ni je..

Tips makan di majlis :

1. Pastikan bawa tisu dalam poket mama atau daddy ye. Takut tisu kat kenduri habis nak lap mulut anak2 atau makanan yang tumpah.

2. Makan di luar rumah jika disediakan khemah. Elakkan makan di dalam rumah. Tuan rumah sediakan  khemah utk elakkan rumah kotor. Jika terpaksa makan di dalam rumah pastikan suap anak atau kutip makanan yang tumpah. Jangan sesekali tinggalkan sisa makanan yang anda sekeluraga makan di rumah orang. Ingat adap pasti dijaga walaupun ada anak kecil.

3. Makan dan balik dengan segera. InsyaAllah orang akan paham sebab kita ada anak2 kecil yang perlukan perhatian. Tak perlu tunggu majlis sampai anak
menangis.

Sekian selamat berkenduri mummydaddy 😊

No comments:

Post a Comment