Wednesday, 14 November 2012

PEPLUM DRESS

Peplum Dress oooii Peplum dress memang tgh HOT skrang, kat mane2 pun memang ade je org jual kan? sampai kat kb mall pun dah ade.. skali tgk bj ni mcm baju kembang kecut je.. mcm ala2 zaman2 retro kan?yg org pakai pegi menari sambil diiringi lagu " BILA LARUT MALAM" nyanyian Surdiman P. Ramlee..  Baju ni bagi aku agak ketat la, sbb cutting dia betul2 ikut tubuh kite, so bagi muslimah, di harap dapat la pakai tudung labuh skit ye. Nanti takut hilang keayuan muslimah kite plak kalo pakai yg xtutup dada.. Paling sopan pakai dgn skirt labuh.. nampak AYU gitu.. ala2 perempuan melayu zaman dulu gitu..Nana ade 2 helai peplum dress yg semestinya mencabar utk di pakai, kene duk tegak je, mkn pn kene tegak je.. memang bagus utk siapa2 yg malas pakai korset sbb ia dapat mendisplinkan diri kite utk duduk dlm posture yg betul.







Tuesday, 13 November 2012

Apabila seseorang yang bukan doktor mahu mengahwini seorang doktor:

Tadi seorg kawan aku baca artikel ni dan aku pun berminat . Meh kite explore apa kata artikel ini.

Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang bukan doktor mahu mengahwini seorang doktor:

1. GADIS ITU DOKTOR
Anda mengahwini seorang gadis, yang anda pilih, dan cintai, kerana dirinya adalah dirinya, sebelum beliau seorang doktor. Pandanglah dia sebagai gadis itu, bukan sebagai seorang doktor. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya.
Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya adalah dirinya, bukan kerana dia itu seorang doktor. Dia doktor di hospital atau klinik, tetapi dia ada gadis itu di hospital, klinik dan luar hospital serta luar klinik.

2. MEMBERI, LEBIH DARIPADA MENERIMA
Anda seorang yang semasa berkahwin, sangat berminat untuk berperanan, menyumbang, berkongsi, membantu dan mendidik. Yakni berkahwin kerana dorongan MEMBERI, bukan MENERIMA.
Hala fikir dan jangkaan perkahwinan adalah daripada anda kepada dia, bukan dia kepada anda. Anda mencari bahagia dalam melakukan sesuatu, bukan menunggu diperlakukan seperti yang anda mahu. Dan semua yang dilakukan seperti yang anda mahu berubah daripada ‘gaji’ kepada ‘bonus’ yang sentiasa dirai dan dihargai.
Maknanya, gaji perkahwinan anda adalah daripada apa yang anda buat. Manakala bonus adalah daripada apa yang isteri anda buat.

3. KESIBUKAN
Kerja lain pun sibuk juga. Tetapi bekerja sebagai doktor memang sibuk.
Namun sibuknya hanya seketika, di beberapa tahun permulaan bekerja. Ketika houseman (internship), ketika menjadi pegawai perubatan (MO), ketika tahun pertama hingga keempat semasa mengikuti program Sarjana Klinikal hingga berjaya menjadi pakar. Semasa beliau menjadi pakar, beliau masih sibuk, tetapi Insya Allah ketika itu anda juga sudah menjadi pakar menguruskan kesibukan  diri dan isteri.
Jadi, jangan terkejut dengan kesibukan, menyalahkan kesibukan, marah-marah dengan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan. Mana mungkin semasa memandu di lebuhraya, tiba-tiba and terkejut melihat plaza tol! Memang ia sudah ada dalam jangkaan. Sediakan siling atau touch and go, sampai waktunya, bertindaklah seperti yang sepatutnya.

4. HARGA DIRI
Andai bakal isteri anda seorang doktor, manakala anda pula jurutera, akauntan, peguam atau ahli perniagaan kelas A, maka topik ini tidak begitu relevan. Tetapi jika anda seorang ‘ustaz’ seperti saya, anda mesti tangkas mengendalikan keyakinan diri, tahu meletakkan nilai yang betul kepada diri dan isteri dan teguh mendepani persepsi ahli keluarga atau masyarakat yang mungkin sekali sekala boleh menguji maruah diri anda.
Semasa berwacana di Indonesia, saya dimaklumkan oleh seorang rakan panelis bahawa jika di Indonesia itu, untuk seorang doktor perempuan berkahwin dengan ustadz, ia masih jarang-jarang berlaku. Kelihatannya seperti tidak sekufu. Sama ada soal gaji, soal status sosial atau apa sahaja, sang suami mungkin sering kalah, kalah dan kalah.
Maka untuk mendepani hal ini, jangan pula sang suami melatah mencari pendapatan tambahan secara haram, naudhubillah. Atau secara yang kemudiannya nanti menggadaikan tujuan asal berumahtangga.
Harus ada persefahaman yang tinggi antara diri dan isteri. Sering berbincang. Kukuh mengukuhkan. Dan sangat bagus jika anda mengambil tahu tentang kerja isteri, memahami jargon-jargon perubatan, isu-isu di tempat kerjanya, kerenah para doktor dan pasukan perubatan yang menjadi rutin hariannya agar bukan sahaja perbualan anda dengan isteri menarik, malah anda tidak menjadi kera sumbang apabila sesekali bersama isteri di dalam majlis yang dihadiri oleh para doktor seperti isteri anda.
Dalam bab ini juga, hanya pendapat anda dan isteri sahaja yang valid. Pendapat SESIAPA SAHAJA selain anda dan isteri hendaklah diabaikan, dipekakkan dan bersenang lenanglah anda dan isteri dengan kasih sayang serta keyakinan bersama tanpa terkesan dengan ‘apa orang lain cakap’.
Anda mestilah seorang yang bekerja keras, tanpa mengabaikan keluarga, berusaha meningkatkan kualiti diri, belajar ilmu dan kemahiran baru, dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Sangat bagus juga jika anda boleh pertimbangkan pilihan menyambung pengajian ke peringkat Masters dan PhD untuk tujuan ini, dan untuk anda berasa gembira dengan diri sendiri. Jika anda gembira, doktor itu gembira, dan anak-anak gembira, masyarakat pun gembira.
Yang berduka dan negatif hanyalah yang masih terus mengumpat, mengata dan hidup berhasad dengki, kata Prof Dr. Muhaya. Juga seorang doktor.

5. MENJADI SURI RUMAH?
Jangan paksa doktor itu berhenti kerja dan menjadi suri rumah.
Jika anda berpegang dengan pendapat wanita lebih baik duduk di rumah, janganlah mengahwini seorang doktor.
Perbelanjaan besar untuk menghasilkan seorang doktor. Pengorbanan yang besar untuk menghasilkan seorang doktor. Tugasan fardhu kifayah yang besar di bahu seorang doktor. Semuanya besar belaka apabila namanya doktor.
Tetapi jika isteri anda berpendapat lebih baik berhenti kerja dan menjadi suri rumah, berilah sokongan kepada apa yang beliau yakini terbaik kerana itu akan membantu beliau membuat keputusan dengan baik, dan seterusnya keputusan yang dibuat menjadikan beliau seorang yang lebih baik. Anda dan anak-anak juga akan menikmatinya.
Apa sahaja pilihan, sentiasa win some lose some. Berbijaksanalah kita dalam mengendalikannya.

6. MERANCANG KELUARGA
Perkara ini juga subjektif. Terpulang kepada perancangan masing-masing.
Cuma, semasa isteri anda mengikuti program Sarjana Klinikal untuk menjadi doktor pakar, beliau berstatus pelajar, walaupun hakikatnya bekerja. Maka sebagai pelajar, tiada cuti bersalin. Sama ada beliau menangguhkan pengajiannya satu semester kerana bersalin, atau menghimpun cuti tahunan sebanyak dua minggu, sebagai tempoh yang terbaik mampu dimiliki oleh seorang wanita bersalin yang merupakan seorang doktor.
Maka, rancanglah ia dengan baik.
Berkomunikasi.

7. PEMBANTU RUMAH
Mempunyai pembantu rumah bukan suatu kemewahan.
Jika anda beristerikan seorang doktor, ia berkemungkinan besar menjadi satu keperluan yang mendesak. Bukan soal doktor sibuk tidak boleh mengendalikan rumahtangganya sendiri. Tetapi isu yang lebih besar adalah soal sensitiviti masa. Amat sukar untuk dipastikan di rumah itu ada seseorang untuk anak anda boleh berada di rumah tanpa anda mahu pun Puan Doktor.
Urusan pass over anak-anak memang sangat mencabar.
Namun hal ini masih kekal subjektif, sentiasa ada alternatif lain yang boleh diterokai. Namun jangan bebankan ibu bapa di kampung tanpa kerelaan mereka dan uruskan sendiri hal rumahtangga anda.
Berbincanglah.

HAL-HAL SAMPINGAN
Doktor mungkin balik ke rumah membawa bakteria, batuk-batuk, conjunctivitis, bronchiolitis dan sakit-sakit berjangkit yang lain dengan kadar kebarangkalian yang tinggi sedikit berbanding kerjaya-kerjaya yang lain. Doktor itu juga mungkin akan terlebih risaukan kesihatan keluarganya, atau terlebih selamba terhadap kesihatan keluarganya. Anda beristerikan doktor, sedangkan anak anda mungkin (saya katakan, mungkin) berazam untuk tidak menjadi doktor. Anda rindukan pengalaman ke klinik kerana selepas berkahwin mungkin amat jarang anda akan ke klinik untuk mendapatkan ubat.
Semua hal ini, remeh temeh, tetapi jika anda seorang yang kreatif, ia boleh menjadi perencah yang menceriakan rumahtangga!
Batuk sama-sama.
Selsema sama-sama.
Mata merah ramai-ramai.
Macam orang lain juga.
Tetapi boleh bermain hospital-hospital di rumah dengan anak-anak!

KESIMPULAN
Mahu hebat,  mesti berani mendepani risiko. Tidak boleh berjiwa pesakit lagi berpenyakit.
Berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk SYURGA ALLAH.

HAAA DAH HABIS BACA KAN? APA PENDAPAT KORANG??
Memandangkan family besar aku ramai doktor, abg aku, adik aku, kazen2 aku, makcik aku, semua nye doktor ,malah member2 aku pn ramai sgt yg doktor, so aku paham sgt ke bz an diaorg ni. So bg aku, laki mahupun wanita yg akan berkahwin dgn seorg doktor, perlu buat persediaan mental dan fizikal sbb kite kene berdikari dan jgn terlalu mengharapkan mereka sbb mereka sgt bz.. Opss kite?mcm aku plak kan nak kawen dgn doktor.. kehkeh.. peace :-)




BAWAL 2 LAYER

Alhamdulillah hari ni tudung bawal 2 layer aku dah siap letak manik.. ade 34 warna semuanya dan beratus helai.. FUH..jenuh deng nak melipatnye tadi.. aku pun ambek 5 helai utk pakai sendiri, memang puas hati lah jahitan dan manik2 yg kak su aku ni buat. Bila dah banyak aku jadi xpandai melipat, pahtu suami kak su perli aku, tokey besar pun xpandai ke nak lipat tudung.. kehkeh.. nasib la kak su back up aku.. bukan xpandai, tapi aku lebih selesa kak su tolong lipatkan sbb dah tebal sgt.. kalo lipat satu2 aku ok je.. aku dgn kak su ni dah mcm kakak ngan adik dah, kekadang aku tinggal tudung utk buat cth, kekadang bawa majalah terkini bincang2 ngan kak su. Kalo ade kain2 bawal yg aku xleh nak cari, aku roger la kak su, die byk kaki, die pun tokey besar gak sebenarnya dan lagi otai dari aku sbb dah berpuluh tahun die dlm industri bawal ni. OOpsss aku xlayak digelar OTAI lagi ye sbb baru je berjinak2.. Tapi sebenarnya aku lebih selesa gune kain bawal aku sendiri, upah jahit dgn letak manik je aku upah kak su. Dari jahit sulam, letak manik, jahit manik, jahit tudung instant semua geng siam kat kg kak su buatkan.. Hebat kan? Aku ngan kak su ni "mudah baso"(senang berkira). Oklah xmo membebel lebih, sbb niat nak tunjuk je tudung bawal 2 layer yg br siap ni.. Oh ye lupe bgtau, kali ni aku suh kak su besarkan bukaan muka tudung ni, so, org muka besar pun bole pakai tau, yg muka kecik tu, just letak pin tudung yg rambu2 ye.. memnag CUN habis PLUS sopan tau... so siapa2 nak tgk koleksi yg akan di upload esok, tgk di sini ye https://www.facebook.com/butikcintahouse?ref=ts&fref=ts





Thursday, 8 November 2012

SAY I LOVE U TO ALLAH SWT ;-)

OH Clash lagi??? mcm tu la reaksi bile clash kan?? Tapi penah x  kite pk, nape tuhan xmempermudahkan urusan hubungan kita?? NAPE ek?? NAPE??? Haa... Jom renung balik diri kita.

Kita pernah mencinta Allah mcm kite mencintai kekasih duniawi kita tak?? MasyaAllah... waktu susah,waktu risau, waktu pening baru kite cari sejadah dan mengadu kat Allah sampai menangis2 berbaldi2 kan? nape kite x mengadu kat Allah dr awal lagi??Tahu kah anda, hanya Alllah swt yg boleh membantu mempermudahkan segala urusan, tiada yg mustahil bagiNya tau.. yg korang pi mengadu kat kawan lelaki, suami org, bf org tu buatpe? puas la kan... tapi sia2 je sbb mereka xde kuasa utk membantu anda. TAPI, jika anda mengadu kat Allah swt, InsyaAllah segalanya menjadi mudah, mula2 anda akan merasa sgt lega(if anda bebetul menangis sepuas hati dan mengadu kepadaNya), then anda akan mula berasa tenang sbb dgn NYA kite bole ckp apa saja walaupn benda2 sensitif, sbb Allah maha mengetahui segalanya yg tersirat dan tersurat ... MasyaAllah sgt Agung nye kekasih sejati kite ni sebenarnya.. Allah juga akan menyimpan seribu rahsia baik buruk perbuatan kite.. Dialah paling setia dan xpernah mungkir janji dgn kita.. Jika kita mengadu dekat manusia biase, akan melibatkan byk benda terutamanya perasaan, hubungan, rahsia kita dan fitnah... WOW scary kan?? DAN tahu kah anda, perempuan lebih suka mengadu kepada kawan lelaki dari perempuan.. haaaa .,. NAPE EK? Jawapanbye ade pada anda. Perempuan suka perhatian!! PERHATIAN ye.. perempuan sifatnye suka di pujuk dan memujuk.. Oleh itu, dia suka mengadu dengan harapan dapat sesuatu yg dapat melegakan jiwa nya yg tgh menggelora .. TAPI perempuan yg betul2 sudah bersedia utk menjadi ISTERI, dia akan mula buat satu pengorbanan yg besar.. Dia xkan merapatkan diri nya dengan mana2 lelaki walaupun kawan2 lelaki, apatah lagi utk mengadu.. NAPE EK? sbb bgnya maruah ,hati, jiwa dan perbuatannya perlu di jaga utk menjaga maruah bakal suami nya.. Malah die semahu-mahunya xnk menjadi perbualan masyarakat dan mengelakkan FITNAH masyarakat yg boleh menghancurkan hubungan mereka.. Perempuan begini akan lebih suka mengadu dengan Allah , dan kekadang menangis sendiri je.. dengan kawan perempuan pun dia rasa xperlu utk berkongsi hal2 hubungan nya ini sbb die nak jaga maruah bakal suaminya, cukuplah hanya dengan Allah sbb Allah swt akan menyimpan segala rahsia kita dengan sebaik-baiknya. PENGORBAN BAKAL ISTERI INI SUATU YG BESAR, DAN GANJARANNYA PUN CUKUP BESAR IAITU ALLAH SWT akan mempermudahkan segala urusannya hingga DIKURNIAKAN SEORG SUAMI YG SOLEH.. InsyaAllah..



OH.. I LOVE CHEESE KEK!!

cHEEEESeeeee KEK.... i like..i like.. nana memang suke sgt cheese kek tau. Korang suka x? mesti ada yg xsuke makan cheese kan?Haaa... xpe2, nana paham, sbb xsemua org suka cheese, ade setgh tu, bau cheese pun nak muntah kan? nana teringat kawan baik nana dulu, nama dia H. Dia ni memang xkan makan cheese kecuali bile nana paksa die. kehkeh.. JAHAT x sy? geram sgt,.. Tapi dia tau nana gile sgt keju, so kalo pi kedai kek, die akan suggestkan suh order cheese kek. So sweet kan. Itulah sahabat namanya. Oh ye semua tau x, cheese ni bagus utk tulang kite sbb ade kalsium yg tinggi tau. Nana kalo gi makan pizza hut, kalo order spaghetti, sure minta cheese utk di taburkan bergunung2 atas spaghetti tu.. suke suke suke sangat TAU.. Di sebabkan nana suka sgt kek cheese, nana slalu buat kek cheese yg termahal . Haaa tau x nape nana ckp termahal? sbb nana gunekan cheese yg sgt berkualiti dan antara cheese yg mahal.. kos nak buat kek ni RM40 ke atas ye.. blueberry pn slalunye nana akan gune yg mahal skit sbb nak rase biji2nya. Kalo ygmurah skit xde rase biji2. Bile kite dah suka, mahal pun dah xkisahkan.. so, ni lah resepinya dan gambar ye.. senang je... Slamat mencuba ye :-)

Bahan-bahannya:

500g cream cheese
400cc/ml fresh cream/plain yogurt
4 sudu besar jus lemon
6 sudu besar tepung high protein
4 biji telur
180 g gula
500g blueberry filling(beli kat kedai jual bahan2 buat kek)

Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree.
2. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
masukkan fresh krim yg baru dikeluarkan dr peti sejuk, masukkan dlm mixer dan kacau menggunakan speed yg paling laju sehingga menjadi krim(macam mane nak tau krim jadi ke x, cuba terbalikkan bekas,tgk krim jatuh ke x,kalo xjatuh maknenye jadi)
3. Selepas tu,Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam mixer dan mix hingga sebati
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
6. Selepas dah masak letak blueberry filling di atas kek dan simpan dalam peti ais..

Wednesday, 7 November 2012

YUMMY ..DURIAN CREPE!!

HAA... sedapnye DURIAN CREPE.. nana dah makan dah. Kalo nak sedap lagi, makan masa sejuk2.. memang uummmm... nak RESEPI EK?... ni nana sertakan resepinya.. Slamat mencuba semua :-)

Bahan-bahan filling Durian Crepe :

Isi durian
Whipped cream (guna yang dalam tin je senang. Tinggal picit je)

Bahan-bahan kulit Durian Crepe :

Tepung jagung  250g
Tepung kastard 250g
Tepung potato  250g
Tepung ubikayu 250g
Tepung gandum  250g
Susu segar     600ml
Gula.        60g
Secubit garam
Butter 2 sudu yg dicairkan (kena sejukkan dulu baru campurkan).
3 biji telor.
Pewarna kuning(IKUT korang nak pekat mane kaler tu)
Esen vanila. 


Cara-caranya :

1. Blend semua bahan kecuali tepung selama 2-3 minit.
    Kemudian masukkan tepung(campur kesemua 5 jenis tepung tadi) yang dah diayak dan blender lagi
    sehingga sebati.
2. Panaskan non sticky pan selama 5 minit. Tak payah letak minyak ke ape sebab bancuhan kita dan ada
    butter yang sedia berminyak tu kan. Api kecil-sederhana ye.
3. Curahkan 2-3 sudu bancuhan tadi ke atas pan dan goyang-goyangkan pan
    supaya bancuhan rata secara neutral. As thin as you can. About 1-2 minutes.
    Tak perlu terbalikkan kulit tu tau.
    Jangan pakai sudu/sudip untuk dapatkan kulit yang cantik. Biar dia masak rata neutrally.
4. Bila kulit dan agak masak dan tepi dia cam dah kering sikit,
    korek sikit bahagian tepi dengan sudu/sudip.
    Angkat kulit yang dah jadi tu laju-laju dengan tangan untuk mengelakkan terkoyak.
    FYI, bahagian atas kulit yang kita masak dalam pan tu adalah bahagian luar kulit crepe.
    Sebab tu cantik je cam gambar kat bawah ni hah.
5. Bila kulit dah sejuk, picit whipped cream dan letakkan isi durian. Letak banyak-banyak.



WOW!! CANTEK TOK BALI

Hola semua, berjumpa lagi kite ye.. haa.. hari ni ,nana nak ajak semua jumpa TOK BALI.. eerrr.. tau x TOK BALI ??haaa..xpenah dgr ek?ye ke?aa..mula la tu nak google kan?sabaq2, meh nana kenalkan ye..JOM BERKENALAN DGN TOK BALI NI YE:

Tok Bali, Semerak
Tok Bali dibuka pada tahun 1996, dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan Terusan ini menjadi pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Demikian juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga kepada pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan hasil laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya. Tambang teksi ke Tok Bali ialah RM 3.00 untuk seorang.

Tok Bali merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pebagai perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Bandar Pasir Puteh. Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan penginapan yang selesa.
 
Haaa.. itulah dia TOK BALI, bukan nama org ye, tapi tempat peranginan yg damai dan sungguh indah. Kalo ada yg dah serabut dgn keriuhan kota raya tu, apa kata mai sini rilex kan minda sambil santai2 tepi pantai yg indah..huuuuu..syok tau, silap hari bulan leh jumpa ikan duyung. Oooopss tu dah lebih la kan. Ok2.. Bila dah kenal mesti korang xsabar2 nak tgk gambar kan?ok, ni nana sediakan beberapa keping gambar di TOK BALI utk semua.. tgk la, pastu pasti JATUH CINTA kan.. Daa.... :-)