Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulillah... sekali lagi kita semua dapat menyambut maulidur rasul. Dulu zaman kanak2 apa yg ada dlm kepala nana bile sebut maulidur rasul ialah PERTANDINGAN NASYID kat sekolah dan kat masjid rumah nana dulu.. Suka sgt tau bole masuk nasyid. Mesti korang pun sama kan?? bes kan?? rasa sgt semangat kumpulan, berlatih nyanyi, pastu gelak2 sama2 kalo nyanyi xbetul.. Paling bes waktu nyanyi depan khalayak ramai, rase bangga gile.. Sebab tu lah nana sampai skrang masih ingat selawat2 nabi dan lagu2 nasyid yg nana penah nyanyi.. Mesti korang pk nana pandai nyanyikan??HAAA.. itu salah sama skali. Nana sebenarnya antara yg xpandai nyanyi, bukan saja xsedap, pitching lari dan suara sumbang. Tapi kenapa nana terpilih masuk dlm group nasyid? Actually sbb suara nana kuat je..hehe.. pape pun itu satu kenangan manis bagi nana.

Skrang bile dan dewasa nana dah paham segalanya.. Rasa cinta kepada Rasulullah saw sgt mendalam dan nana bersyukur menjadi umatnya. Sifat2 beliau menjadi contoh teladan dan amalannya menjadi panduan utk nana. Kekadang bila kita keliru, bila teringat kepada apa yg Rasulullah saw ajar, pasti selesai masalah. Penah x korang rasa perasaan membuak2 nak bersua muka dengan Rasulullah saw?? rase nk kenal mcm manelah orgnya yg slalu di sebut2 dan sangat hebat ni. InsyaALLAH moga kita semua berpeluang berjumpa dengan beliau suatu hari nanti, di Dunia pasti TIDAK, tapi di akhirat, InsyaALLAH.. Kita kene sama2 berusaha ke arah itu. BAGAIMANA NAK JAMIN BOLEH JUMPA RASULULLAH SAW?HAA??Xyah pk susah2, JOM kita buat benda yg simple ni.:
1. JAGA SOLAT ( mesti cukup 5 waktu, kalo xtercukup, mesti cuba juga cukupkan, Islam byk kemudahan)
2. JOM BACA DAN DENGAR AYAT2 AL-QURAN(dari kita duk sumbat telinga dengar K-POP, yg  24
    kali sehari tu, baik dengar ayat2 Al-quran,dapat juga pahala kan)
3. JAGA ADAB & perlakuan (ingatlah apa yg kita lakukan pasti di catat oleh para malaikat)
4. JADIKAN SELAWAT ITU MAKANAN HARIAN (kalo xmakan pasti lapar kan?so makanlah selalu)
5. AMALKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR (apa yg baik kita lakukan yg xbaik kite say"nahi2")

Senang tak?? semua ni kita dah belajar kan kat sekolah rendah sampai sekolah menengah,so jgn nak salahkan cikgu pula ye.. Bak kat lecturer saya Prof Izzi (lecturer math nana masa di UITM dungun) SLAMAT BERAMAL :-)

I <3 MUHAMMAD SAW


INI LA LECTURE MATH NANA MASA DIPLOMA DI UITM DUNGUN


~LOVE NANA~

Saturday, 19 January 2013

NANA NI KELULUSAN APA??DOKTOR KE?

As salam semua, memandangkan nana dapat byk message yg tanye nana ni keje apa?kelulusan mana?doktor ke?? jengjeng.. ni jawapannya, Nana ada Bachelor of Business Adminitration (Hons)(Marketing) First class dan Diploma`perakaunan UITM.. so, nana bukanlah doktor ye. Harap semua dah clear ye.. nana jual produk2 ni pun sbb family nana byk connection dgn para doktor, so apa yg baik nana sharekan bersama.. KENAPA NANA NAK SHARE? haa.. ni satu soalan yg bagus, sbb nana membesar di byk negeri tau, nana lahir di pulau pinang, lepas tu pindah Johor, pindah mula ke Kedah, KL(paling lama), Terengganu dan skrang nana di Kelantan. So, nak pendekkan crite, nana ada ramai kawan seluruh malaysia, dan kawan2 nana ni banyak yg mempunyai masalah kulit. BUKAN SEBAB XBERDUIT tau yg xleh settlekan masalah kulit ni tapi sbb xjumpa cari produk2 dan supplement yg sesuai. Dan satu lagi PEREMPUAN yg cantek ni kekadang susah nak buka mulut bila kita tanye mcm mane nak cantek mcm diaorg kan (takut kita lebih cantek la tuuu) tapi nana nak ubah semua persepsi negatif (bkn kata nana cantek tau cuma nk share apa yg terbukti sesuai dgn nana je) cuma jika nana dapat cari produk yg betul2 bagus, nana niat nk share semua, even sampai suntik2 pun nana nak share. Tapi setakat ni nana tau pasal suntik2 dan tau doktor mana yg ambil upah suntik tapi nana cuba elakkan sebab nana lebih suka cantek dari dlm secara semula jadi tau..SERIUS KE?? YES!! apa bezanya org suntik BOTOX dan xsuntik?? Memang la di akui CANTEK bila suntik BOTOX ni, tapikan cantek buatan memang xleh lawan la cantek ORIGINAL& NATURAL. Nak tau bezanya x? Kalo senyum pipi xgerak dan susah nak buat gimik muka. Sebab tu la pengarah filem xberapa suka nak ambek pelakon yg suntik BOTOX sbb muka diaorg keras je, xleh nk buat gimik muka. Dan yg paling sedih Botox bukan la kekal, ye la benda buatan manusia mesti la xseperti yg original, so kesan2 nya bole jadi mcm gambar kat bawah ni.. Scary kan? cantek sekarang xsemestinya cantek selama-lamanya.


KESAN BOTOX.. EEE SCARY KAN?

Kita sebenarnya xperlu ikut org lain, lebih baik kita jadi diri kita yg sebenar dan maintain kesihatan dan keperluan tubuh badan kita mcm mkn vitamin2, kalsium dan collagen dan sebagainya. So baik kite makan supplement yg betul dan skincare yg sesuai tanpa suntikan yg pelik2 ni.. nana sendiri pun ambil beberapa supplement.

Pagi 30 minit sebelum breakfast nana wajib mkn VCO CATALYST
Lps breakfast pula makan sebiji vitamin c 1000mg
Sebelum tidur nana mkn sebiji VCO Catalyst dan Collagen Catalyst

Kenapa Catalyst?? sbb Catalyst adalah syarikat pengeluar supplement berasakan bahan semula jadi. VCO Catalyst memang 100 % minyak kelapa dara tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Kalo nak baca lebih lanjut berkaitan VCO Catalyst ni leh klik kat sini https://www.facebook.com/notes/vco-catalyst-stokis-kota-bharu-nana/virgin-coconut-oil-vco-softgel/356359807732966.

KENAPA Collagen Catalyst??Sbb collagen ni pula bukan marine collagen(marine collagen xsesuai utk org yg ade alergic seafood), so collagen catalyst ni paling sesuai dgn nana sbb die collagen berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan . Anda semua bole baca kandungan collagen tu kat URL ni, klik la  ye  https://www.facebook.com/notes/vco-catalyst-stokis-kota-bharu-nana/collagen-catalyst-kandungan-collagenmaltodextrindextrose/356359434399670

KENAPA VITAMIN C 1000mg??KENAPA BUKAN 500MG?? tau x badan kita paling maximum perlukan 1000mg sehari vitamin c utk cover apa yg telah kite lakukan every day di persekitaran yg makin xsihat. Kita hirup udara pun dah xsama mcm datuk nenek kita punya udara dulu, byk sgt kotoran yg bole menyebabkan kulit kite cepat kelihatan tua selain dr segi pemakanan dan amalan harian kita. So dats way nana PILIH vitamin C 1000 MG ni. Ni pun selepas telah di beri pendapat oleh pakar kulit. Alhamdulillah, sejak amalkan semua ni, kulit nana jadi sgt sihat tanpa masalah jerawat dan sebagainya.. Kalo kawan2 nak cuba leh la pi klik kat sini ye https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Kecantikan-Borong-Runcit/122005081285151.. semua ni nana jual sendiri sbb nak jaga kualiti yg nana makan sama mcm customer2 nana mkn, kalo nana xjual takut ada yg salah brand atau kene tipu dengan peniaga lain pula..

Kan nana dah ckp nana memang pencinta alam semula jadi dan cipta Allah yg maha esa, semua yg ORIGINAL adalah yg terbaik.
JOM SIHAT LUAR& DLM BERSAMA2.

Kalo nak tgk apa lagi yg nana jual leh la klik kat link2 seperti di bawah ni ye
NANA ONLINE BUSINESS klik sini ye https://www.facebook.com/nanaonlinebusiness?ref=ts&fref=ts
EVERLYNN SKINCARE klik sini ye https://www.facebook.com/everlynnkelantan?ref=ts&fref=ts
CINTAHOUSE(TUDUNG) klik sini ye  https://www.facebook.com/butikcintahouse?ref=ts&fref=ts
CATALYST klik sini ye  https://www.facebook.com/catalyststokiskotabharu?ref=ts&fref=ts
VITAMIN KECANTIKAN klik sini ye https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Kecantikan-Borong-Runcit/122005081285151?ref=ts&fref=ts

luv uolls.. <3 NANA

KULIT MUKA NANA JANUARI 2013

MUAHAHHA.. JANUARI 2013


Friday, 18 January 2013

MALU TAPI MAHU

As salam my gorgeous blogger. :-) nana nak tanye sikit ni, harap sgt dapat feedback atau cadangan atau idea dari semua. Nana just nk tahu apa sebenarnye masalah yg majoriti dari kite nak cuba atasi . Contohnye nana xsuke jerawat dan whitehead dan blackhead dan kulit kusam, so nana akan tergile2 search and cuba cari produk2 yg org kate mampu mengatasi semua masalah ni, Asalkan puas dan berkesan, HARGA?xmo la mahal sgt, kalo sampai 2K sebulan tu baik la nana bagi makan anak yatim,byk bole kumpul pahala kan.. so around RM200 sebulan tu kite ok la kan??? asalkan hidup sentiasa yakin dan ceria dh lebih dr cukup kan... so memandangkan nana ramai kawan2 dlm bidang kesihatan, kecantikan dan bidang perubatan, so nana ada advantage utk dapatkan produk2 atau kilang2 yg mengeluarkan produk2 terbaik, cuma nana nak sgt tahu apa demand wanita skrang. Sejujurnya nana minat juga bab2 penjagaan wanita ni, contohnye jamu2, collagen, utk tambah tenaga, utk awet muda dan sebagainya. KUNO? biarlah org nak kata kuno pun, asalkan diri sendiri puas dah cukup.. sebenarnya kan. Yg kata kuno tu kat rumah ada je penuh almari beli benda2 mcmni .. tapi lumrah dunia suka menafikan keinginan sendiri.. Xpe nana paham perasan mcmtu, .. Asal hidup masing2 bahagia kan . MALU TAPI MAHU ...  cyg uolls.. <3 NANA

Monday, 31 December 2012

Wanita & cinta

Tips Cinta – Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari.

Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: “Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka.” Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya.

Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, “Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga.

Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.

Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang,” jelasnya.

Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul.

Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

Sunday, 25 November 2012

Lempuk Durian

Nana suka gile lempuk durian ni, kalo balik kb je sure grab kat pasar SITI khatijah.. Sedap,wangi, lembut, manis .. Senang kata memang meletoop.. Siapa yg ade lebihan durian, jom cuba buat sendiri lempuk durian ni ye.. SLAMAT mencuba :-)

Camni cara buat lempuk durian tuh.

Bahan-bahan ( 1 keluarga )
1 mangkok besar isi durian (atau ikut suka)
250gm gula pasir
1 biji gula Melaka
secubit garam
* kurang atau tambah gula jika tidak/suka manis ;)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali
Masak dengan api perlahan dan sering dikacau supaya tidak hangit
Terus dikacau sehingga kental (tidak lekat dalam kuali)
Setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk

Friday, 23 November 2012

Oopss tersekat kain di escalator

Haahaaaa.. Memang gelak besar nana tadi sebab 1st time tersekat kain di escalator billion Kota Bharu.. Malunya,ya ampun..

Kisahnya mcmni, tadi dalam kul 5 petang, nana pi la billion Dgn family. Pastu masa turun Dari tingkat 2 ke tingkat 1 sambil dukung anak saudara yg umur setahun lebih , tetibe kain nana tersekat sampai bawah, so nana minta Tolong mama panggilkan pekerja situ, so pekerja situ suh nana tekan butang warna merah kat tepi escalator. Lepas tekan butang tu TERUS escalator tu stop, then pekerja tu suh nana berdiri Dan duduk kat atas escalator sbb die nak ubah haluan escalator tu. Patutnya td turun, ni dia ubah naik pula. So bile escalator gerak naik je, nana cepat2 tarik kain, Dan alhamdulillah selamat la kain nana walaupun ade kotak byk .. Hihi.. Fuh.. Thank you kepada pekerja2 billion yg cekap Dan baik hati... So kepada semua wanita yg suka pakai skirt labuh, jaga2 ye, jgn berdiri di tepi eacalator ye, berdirilah di tgh2 ye.
Ni nana share gambar kain nana yg koyak tu ye. ;-)

Thursday, 22 November 2012

Tips menjadi Mr. Romantik

Semua perempuan nak dapat Mr. Romantik kan??Ooops silap bukan prmpn nak tapi jika dapat itu BONUS yg perlu disyukuri. NAPE?? Sbb ramai lelaki ego utk menunjukkan sifat romantik mereka.. Sebenarnya bg nana, jika hati kite telah terpaut sampai dah nak angau, pasti sifat romantik dtg
dgn sendirinya sbb Mr lelaki pasti pk cara utk menambat hati wanita idamannya kan??? Kalo tgk cerita Korea, mesti ramai yg berangan2 akan di layan begitu romantik sampai nk menitis air mata kn???.. So lelaki apa Tunggu lagi, jom jadi MR ROMANTIK
;-)

Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda. Walaupun bagi korang ini benda remeh, tapi perempuan sangat pentingkannya tau.

Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan. itu tak membantu okay.

Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Tak ada yang nak dimalukan sekiranya awak tolong isteri awak sidai baju dan kemas rumah. Malah boleh dianggap suami mithali tu.

Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.

Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda. Takkan asyik kami je yang nak cakap saya sayang awak!

Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik. Wanita paling pantang kalau lelaki mungkir janji, so better you don’t.

Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut. Percayalah, kami akan setia kalau awak setia.

Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang. Kadang-kadang cuma SMS take care pun sudah cukup umtuk wanita rasa dihargai.

Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.

Untuk menjadi seorang yang romantik tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Lebih fokuskan kepada sesuatu yang mudah terlebih dahulu, kemudian sekiranya anda mempunyai masa, wang, dan situasi yang mengizinkan, barulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih romantik lagi untuk kenangan bersama.

Sesuatu yang besar tidak akan wujud sekiranya anda tidak bermula daripada sesuatu yang kecil.

Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam.
Bukan di kakinya untuk dialasi.
Bukan di kepalanya untuk dijunjung.
Tapi dekat di bahunya untuk dilindung.
Dekat jua di hati untuk disayangi.