Tok Bali, Semerak
Tok
Bali dibuka pada tahun 1996, dengan pembinaan jambatan di atas darat
oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan
Terusan Tok Bali. Pembinaan Terusan ini menjadi pemangkin utama
pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya pengangkutan melalui laut ke
Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan.
Demikian juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga
kepada pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan hasil laut
seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya. Tambang teksi ke Tok Bali
ialah RM 3.00 untuk seorang.
Tok Bali
merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pebagai
perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan
awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan
industri yang berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Bandar
Pasir Puteh. Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan terkenal di
Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan
penginapan yang selesa.
Haaa.. itulah dia TOK BALI, bukan nama org ye, tapi tempat peranginan yg damai dan sungguh indah. Kalo ada yg dah serabut dgn keriuhan kota raya tu, apa kata mai sini rilex kan minda sambil santai2 tepi pantai yg indah..huuuuu..syok tau, silap hari bulan leh jumpa ikan duyung. Oooopss tu dah lebih la kan. Ok2.. Bila dah kenal mesti korang xsabar2 nak tgk gambar kan?ok, ni nana sediakan beberapa keping gambar di TOK BALI utk semua.. tgk la, pastu pasti JATUH CINTA kan.. Daa.... :-)
Waaaa canteknyer...
ReplyDeletenext year smpi kelate..insyallah smpi iyer
ReplyDelete